Monday, January 25, 2010

checkup n panduan utk ibu mengandung


source:google

ehe.agk lambat sebenarnye nk apdet psl check up ms 4 bulan aritu. coz hari rabu ni da 5month.
wuu cptnye mase.. tp xpela saje nk cite psl check up aritu. tu check up kedua aku sejak pegnen ni..

mase 1st check up dlu.. berat aku 50.7kg.. time ni berat x beza ngn berat asl maybe sbb tgh morning sickness.mkn muntah. mkn muntah.. then, 2nd check up bebaru ni.. mase 4 bln..agk terkejut sbb berat dah 55.8kg! huhu. berat hampir mnyamai berat b4 kurus dlu.. 2-3 ari lepas ade timbang berat kt giant.. 57kg! huh. down je rs sbb cepat sgt naik berat.. bukan ape..kalo bole xnk la berat melampau2 kn.. nnt kalo overweight nnt kena diebetes lak. lgi haru.. then aku nye Hb pun menurun dr 1st checkup.. memula 12.1gm%. 2nd checkup turun jadi 11gm%.byk plak turun. so nurse tu suro mkn pil iron utk tmbah drh. selain tu, aku bykkn mkn kerang, bayam utk tmbhkn drh..

next check up 7hb feb..hrp2 hb tu menaik la..jgn menurun coz under 10gm% tu da kire bhya. disebabkn free arini, so aku pun men gugel psl ibu mengandung..

panduan pemakanan utk ibu mengandung

info di ambil dr cni

so aku paste ckit2 info yg best..

Mengapa pemakanan sihat penting semasa mengandung

Pernahkah anda terfikir mengapa berat badan anda bertambah 10-15 kg (secara purata) semasa anda mengandung sedangkan berat bayi yang baru lahir hanya ¼ daripada itu? Walau pun ianya berbeza bagi setiap individu wanita yang mengandung, faktor-faktor di bawah menyumbang kepada pertambahan berat badan:

  • Berat bayi : 2.5 – 3 kg
  • Penyimpanan protein, lemak dan nutrien lain yang berlebihan : 2.75 – 3 kg
  • Penambahan darah : 1.5 – 2 kg ( wow, drh saje da nk dekat 2kg..)
  • Penambahan cecair badan yang lain : 1.5 – 2kg
  • Pembesaran payudara : 0.75 – 1 kg
  • Pembesaran uterus (rahim) : 0.75 – 1 kg
  • Cecair amniotik (air ketuban) : 0.75 – 1 kg
  • Plasenta (uri) : 0.5 – 0.75 kg
komen wizza: fuh lega bila bc.. so logikla berat aku bertambah almost 6kg tu.. bukan lemak semata2.. hihi

Selain daripada penambahan berat bayi, faktor-faktor lain juga penting untuk memastikan fisiologi ibu berubah mengikut keperluan ibu mengandung. Corak penambahan berat semasa mengandung bagi individu juga berbeza. Jika anda mula mengandung semasa berat badan berlebihan, berat anda mungkin akan turun sedikit pada awal trimester manakala penambahan akan berlaku bagi ibu yang kurus atau mengandung anak kembar.

..Penting bagi ibu mengandung untuk memvariasikan makanannya bagi memperoleh semua keperluan nutrisi ibu dan bayi. Makanan yang perlu dimakan semasa mengandung ialah:
  • Buah-buahan dan sayur-sayuran – target untuk makan 5 hidangan sehari termasuk sebagai snek, jus dan salad.
  • Makanan berkanji – roti, nasi, pasta, ubi kentang. Banyakkan bijirin penuh (wheat, whole grain)
  • Makanan berprotein tinggi – Daging, ayam, ikan, telur, kekacang (soya). Banyakkan makan ikan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.
  • Makanan berkalsium tinggi – Susu, yoghurt, cheese.
  • Makanan berserat tinggi – Jadikan sayur, buah, bijirin dan kekacang sebagai makanan kegemaran kerana ia boleh mengelakkan sembelit.
Minum banyak air dan elakkan makanan berlemak dan bergula tinggi seperti kek dan coklat kerana ia mengakibatkan pertambahan berat badan berlebihan dan seterusnya meniggikan risiko mendapat kencing manis (gestational diabetes mellitus)

Jika anda sukakan snek, ambil raisin, biskut bijirin penuh (Jacob’s atau IKO), salad buah, yoghurt atau sebarang makanan bernutrisi yang lain.

p/s: lunch td laksa penang+air kelapa.. da tak tau nk mkn pe..ari2 mkn ns pun boring gk.. ade cadangan dr ibu2 mengandung?


6 comments:

-bintunahal- said...

secret recipe.secret recipe.hehehe.ok?

OnN!Ey said...

same ngan sayep...1st cekup hb 11.4 tros dpt belambak ubat...
pil iron 2 pon dpT sgale vit dpt...tp xske mkn cz mkn tekak jd loya gler..

QueenWizza said...

bintunahal
x ok!

onniey
hehe tu la..mcm2 ubat n vitamin kena mkn. letih hehe. tp bila pikirkn psl baby so kena telan gk huhu

JohnJenin said...

mee udang mee udang mee udang

i L a said...

makan oats atau nestum kalau lapar time bukan waktu makan..

ezzati said...

jap je perut dh besar..heeeeeee :) ..cptla baby kuar nk tgk baby :p