Friday, April 23, 2010

.braxton hicks a.k.a kontraksi palsu

dlu ade bc psl braxton hicks ni kt majalah pama..tp setakat bc je..xtau cmne rs kontraksi tu..
now semakin phm.. mari kita tgk apa itu braxton hicks utk sesiapa yg di awl kehamilan tu k.. heehe sbb yg di hujung2 kehamilan tu mesti da tau braxton hicks tu ape kn..


Apabila kehamilan anda semakin sampai kepenghujungnya, anda akan mula perasan ketegangan pada perut anda. Ia dipanggil kontraksi Braxton’s Hick dan salah satu simtom kehamilan yang kerap terjadi kepada wanita hamil.

Ia selalunya terjadi 2-3 kali setiap jam dan dalam 1-2 min setiap kali. Braxton Hicks dinamakan sempena sempena pakar perubatan yang mula menjumpainya pada tahun 1972.

Ia terjadi seawal 6 minggu kehamilan akan tetapi ramai wanita tidak menyedari kewujudan kontraksi ini kerana ia sangat ringan dan singkat.

Apabila kandungan anda semakin berusia, kontraksi ini akan menjadi semakin kerap dan kuat dan kadang-kadang ia menyakitkan. Ia sebenarnya menyediakan ibu hamil kearah kelahiran dengan menolong melembutkan serviks dan menyenangkan ia untuk terbuka semasa proses bersalin.

Bagaimana Rasanya Kontraksi Braxton Hick Ini?

Sesetengah wanita tidak merasa sakit langsung namun ada segilintir yang merasa BH yang lebih kuat. Selalunya ia tidak menyakitkan, atau wanita mungkin merasa sedikit tidak selesa dan memberi gangguan pada mereka. Semakin dekat kepada tarikh jangka bersalin, semakin kuat BH ini berlaku.

Kontraksi BH tidak teratur dan datang sekali-sekali dan selalunya dengan tiba-tiba. Ia datang dalam masa yang singkat dan jarang berterusan selama beberapa jam.

Semasa kontraksi BH ini, perut menjadi tegang dan keras kadang-kadang ibu mungkin terasa sakit pada tengah perut hingga ke ari-ari.

Anda mungkin perasan yang kontraks ini lebih kerap terjadi apabila:

  • Bayi bergerak dengan aktif
  • Semasa senaman atau membawa barang berat
  • Mengurut perut
  • Semasa hubungan seks
  • Dehidrasi

Apa Yang Membezakan BH dan Kontraksi Kelahiran Sebenar?

Ramai wanita bimbang yang mereka tidak dapat membezakan BH atau tanda-tanda kelahiran. Ini adalah perbezaannya:
  1. Kontraksi BH tida menjadi semakin kuat berbeza dengan sakit bersalin. Sakit bersalin menjadi semakin kuat dan kerap manakala BH akan hilang akhirnya
  2. BH tidak teratur dan berlaku sekali-sekala. Sakit bersalin berlaku dengan lebih teratur dan semakin kuat.
  3. Kontraksi BH tidak menyebabkan kesakitan cuma tidak selesa tidak sebagaimana sakit bersalin

Tip Untuk Kekal Selesa Semasa Kontraksi BH

  1. Tukar aktiviti atau posisi sekiranya anda merasa yang kontraksi BH akan datang
  2. Rehat lebih lama. Minum air dan baring pada sebelah kiri badan
  3. Minum air secukupnya. Dehidrasi menyebakan otot mengecut dan menyebabkaan kontraksi BH
  4. Buang air kecil dengan lebih kerap. Pundi kencing yang penuh boleh menyebabkan BH.
  5. Amalkan teknik pernafasan. Pernafasan yang dalam dan berirama akan mengurangkan ketidakselesaan

source dr cni

komen wizza: bila pk blik, mase pegnen 4-6bln dlu salu gk rs perut cm keras,x selesa..cm sakit cmne tah..rupanya tu la braxton hicks. cuma x prasan.. aritu mase 7bulan lebih, ade 1 mlm tu time tido, perut rs cm sakit nk period, pastu keras jer..rs cm memulas pun ade..mmg x bole tido dibuatnya.. huhu tu rupanya rs contraction.. 1st time pegnen kan, blur2 ngn rs contraction tu. heehe..


5 comments:

Kie-yu said...

mcm nme artis plak kn. hehe.
p/s: blog ni comey.jum lepak belog ai =)

~ ( LayDee_N ) ~ said...

hee... bila due wizza? baby gurl kan? confirm dah? heee.. mesti cute. x sabar nak tgk baby baru.

QueenWizza said...

kie-yu
hii..thnx..da melawat blog kamu..

laydee_N
due 17/6.. hehe a'a girl :)

eLy said...

org igt artis td.. ekeke

Fia Abas said...

ooooo buat2 phm wlaupon xder experience lg ahahaha

cptla wiza bersalin..mahu melawat baby hehehe =P *duk umah buat apa sehari2?